Sunday, March 15, 2009

TAMAN PERINGATAN SANDAKAN

Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park diwujudkan adalah untuk memperingati pengorbanan,penderitaan,kematian serta jasa para tawanan Perang Dunia Kedua di kem tahanan perang(prisoner-of-war camp) milik tentera Jepun di Sandakan ini...
ianya terletak di dalam Hutan Simpan Sibuga berhampiran bandar Sandakan... Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia Kedua bermula pada 19 Januari 1942 sehinggalah briged Divisyen ke 9 Australia membebaskannya pada 19 Oktober 1945. Antara peristiwa hitam ketika Perang Dunia Kedua ialah Kawat Kematian Sandakan. Kawat Kematian Sandakan adalah kisah menyayat hati di mana 1066 orang awam kerahan yang diimport dari Pulau Jawa,Indonesia bersama tahanan perang Australia dan British telah dipaksa berjalan kaki ke Ranau yg terletak 260km ke barat Sandakan.Tahanan itu pada mulanya dipaksa oleh tentera Jepun membina landasan kapal terbang di Sandakan.Seperti pembinaan laluan keretapi maut di Burma,tahanan ni dipaksa kerja keras dengan diacukan senapang,sering dipukul,tidak mendapat makanan dan ubatan yang cukup serta layanan yang tidak bersifat kemanusiaan.Pada awal 1945 apabila Pihak Berikat semakin hampir ke Sandakan,komandan kem iaitu Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahan seramai 1066 orang ke kekawasan yang lebih pedalaman di Ranau .Dalam perjalanan itu ramai yang mati keletihan,kebuluran dan penyakit...terdapat juga sebuah pavilion memuatkan bahan-bahan penceritaan tentang kem tahanan perang di sini...model prisoner-of-war(pow)camp...ada sebuah restoran untuk menjamu selera setelah penat berjalan di dalam taman ini... terdapat juga jentera dan peralatan zaman Jepun yang aku pun tak pasti apa kegunaannya... semoga roh mereka setenang kawasan taman ini...kepada arwah yang beragama Islam...Alfatihah.

5 comments:

arsaili said...

salam...jeles nya asyik mengembara jer...ehehe

Anonymous said...

Salam Abang,

Tak sangka ya, Sandakan juga kaya dgn sejarahnya yg tersendiri. Ermmm, bila pula abang nak mengeksplorasi dan mengkaji sejarah tempat-tempat tertentu di negeri Kedah ni? Adik rasa la kan, Kedah pun kaya juga dgn nilai2 estetika sejarahnya...betul tak abang? Psstt, lepas ni abang nak kembara ke mana pula? Apa pun, jangan lupa buah tangan / ole2 untuk adik ye...ahaks;-) ~ ADIK

Ishan_Qureshi said...

Salam ABANG ADIE,

Seronoknya jadi mcm abang, tak habis2 berkelana ke situ sini sana! Patutla abang banyak ilmu di dada...jauh perjalanan kan byk pengalaman. Dan sesungguhnya pengalaman itu juga merupakan suatu ilmu yg sgt berguna dan tinggi nilainya...sesuatu yg amat berharga, tak setanding dgn harta-benda ataupun wang-ringgit. Next time kalau nak pi berkelana ke mana2 tu, jgnla lupa ajak ISH sekali. Bab duit tambang dan penginapan, abg sponsor la separuh, boleh abang...sedekah tu kan amalan mulia....hehe! Wassalam.

adie-ishmael said...

arsaili=salam...kater orang...dia tu lagi jauh kembara...

anonyms@adik=insya allah akan diusahakan...

ishan=salam...lama menyepi..??baru nak minta sponsor kat Ishan...hehehe

muhdghazawi z said...

Terima kasih atas penceritaan..