Sunday, October 26, 2008

MUZIUM KOTA KAYANG

Salah satu tempat yang paling aku suka lawati ialah muzium...Kalau aku jalan ke mana-mana pun tak kira dalam ataupun luar negara,muzium adalah salah satu destinasi yang aku pasti kunjungi.Banyak perkara yg dapat kita pelajari di dalam muzium terutama bagi mereka yg mencintai sejarah...Generasi sekarang kurang jati diri dan lemah semangat kebangsaan dan patriotisme kerana kebanyakkan daripada mereka tidak minat bahkan benci pelajaran sejarah, walhal belajar sejarah adalah sebahagian kewajiban dalam agama secara fardhu kifayah...kalau tak, masakan Allah Taala mengungkapkan pelbagai cerita umat-umat terdahulu di dalam Al Quran untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada kita sepanjang zaman...tetapi seperti biasa,...manusia sentiasa tidak pernah mahu belajar dari sejarah dan akhirnya mereka mengulangi kesilapan datok nenek mereka terdahulu...
Baru-baru ni sementara menanti feri untuk pulang ke Langkawi,aku sempat mengunjungi Muzium Kota Kayang yg terletak lebih kurang 6km dari jeti Kuala Perlis.Kota Kayang ialah sebuah kota yang telah dibina oleh Sultan Kedah yg ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al Mukarram Syah I (1661-1687) sebagai ibu negeri Kedah Darul Aman.Pada waktu itu,Perlis adalah sebahagian dari negeri Kedah Darul Aman.Jom kita lihat sebahagian gambar muzium berkenaan yg sempat aku rakamkan dalam waktu yang terhad...




hadapan muzium...pintu masuk muzium...



sebahagian bahan pameran kat muzium ni...yg banyak lagi tu kalau nak tau kena mai lawat sendiri...

17 comments:

arsaili said...

salam bro...no wonder la rumahnya jadi gitu rupanya duduk Langkawi...hari tu ke Langkawi masa my last trip home..sonok..duduk kat tok senik resort...terasa nyaman sekali suasana kampung dan juga island hoping... talking abt museum, sy memang antara insan yg kurang aspirasi sejarah..memang kurang gemar pergi musium. Itu pergi pun sebab Lin punya fav place..mana2 pergi mesti nak singgah museum and as for me museum usually will be d last pilihan. Kenapa? saya rasa sudah masanya pihak museum memikir cara yg lebih baik dalam persembahan di dalam museum..sebab sy selalu terasa boring dan tidak semangat memasuki museum...even masa melawat makam mahsuri...pengurusan museum terutama rumah contoh sungguh menduka citakan...

Insan yg cuba meminati sejarah - terasa menulis kat ruangan sri siantan la plak..ahaks

Ishan_Qureshi said...

Salam Abg Adie,

Wow, cantik pulak gambar2 muzium dlm n3 ni. Nmpknya slps ni muzium akan jadi slh satu lokasi cuti2 Msia saya la. Sblm ni, kalau nmpk muzium..tak penah rasa nak singgah. Ermm, by the way, kalau abg ada plan nak ke New Delhi..silakan..! Kat sini byk tmpt2 bersejarah yg ada nilai sentimental n estetika tersendiri yg boleh abg lawati. Psl penginapan, no problem..u can stay at my parents' house...free of charge. Haa, kan dah boleh save budget utk jln sana-sini:-)

kak ja said...

Amboi... pedih aih kena perli bab tak minat Sejarah ni... Actually, kja bkn tak minat belajar Sejarah.. Minat mmg minat, cuma tak minat nak ambik peksa sejarah.. Tak larat nak menghafal..

Zuer said...

heheh kak ja...betui lah...bab sejarah nie nak hafal suseh ler? bila potugis serang melaka? 1511? 1611? atau 1711...?

kak ja said...

Zuer,
Yg pastinya BUKAN 2011!!

PUTUBAMBU said...

putu minat sejarah..cuma result takde le excellent mana..setakat credit jek..

kalau tidak..dah jadi loyer dah aku.. (walaupun bukan loyer mahkamah..takat2 loyer buruk tu pun aku dah jadilah..hehe)

tapi putu pun dah lama bebenor le tak gi muzium2 ni..sikit hari lagi..kena start balik le.. bawak anak2 tgk sejarah negara kita ni..

adie-ishmael said...

arsaili=lain kali kalau mai langkawi singgah la umah...kurator muzium kena lebih kreatif baru bebudak skrang minat kot nak masuk.

ishan=insya allah lepas balik dari mesir,kemboja and vietnam nanti abang akan pi India n tumpang dok umah ur parents...tolong bg tau depa sat!!!

kakja=macam mana la gamaknya nak jadian sejarah diminati oleh bangsa kita ni...? jawab kakja jawab....

zuer= Zuer ni ingat tarikh lahir lover dia jer...kan?hehehe

putu=bawa putu jangan tak bawak...hmm...nak jadi loyer ek...patut la bila cakap putu berhujah ala2 peguam negara!

kak ja said...

Adie,
Kalau nak bg pelajar Melayu minat sejarah, make sure cikgunya kalau pompuan, cun.. Kalau lelaki, at least macho kalaupun tak jambu.. Tp kalau cikgu sejarah mcm tuan umah ni, semuanya pakat score A1 lah...

ZUER, juga bkn 1811!!

adie-ishmael said...

kakja=hmm...tersipu2 malu tuan umah ni...!!!hik hik hik!

yazrie said...

tak sker subjek sejarah..tak suka menghafal..Opssss

PUTUBAMBU said...

kannnnnnnnnnnn...kak ja??!!
hehehe..

Najib Ariyan Ali Basha said...

yes I dah Adie kongsi minat yg sama... sejarah sejarah sejarah... best nest.. nanti kalau stay kat Kedah harus lah akan melawat ke sana lagi... Adie, I dah tahu kenapa makan Sultan Muzafar Shah dibiarkan saja...

adie-ishmael said...

BMadu=kenapa ya? bg la tahu... Teringin nak ke Kota Tinggi,Johor sbb kat situ banyak tinggalan sejarah...tapi tak tahu bila...ada yg sudi nak bawa jalan ker?

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Idle Downloads Using NZB Files You Can Swiftly Find Movies, Games, MP3s, Applications & Download Them at Rapid Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]

Anonymous said...

Infatuation casinos? assess this inexperienced [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and tergiversate online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also into our additional [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] lope at http://freecasinogames2010.webs.com and occasion down outstanding fabulously touched in the headmaster !
another unsurpassed [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] see is www.ttittancasino.com , as opposed to of german gamblers, return the favour unrestrained online casino bonus.

Anonymous said...

after unlock this gratis [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] indemnification at the greatest [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] signal with 10's of blooming [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. unambiguous [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no go down casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] with a vista UK, german and all as a remains the world. so in class of the tip [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] discontinuity us now.

Anonymous said...

Making money on the internet is easy in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat download[/URL], You are far from alone if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses little-known or little-understood ways to build an income online.