Thursday, October 16, 2008

PEJABAT TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI 1429

Kemarin,15 Oktober 2008,pejabat aku telah mengadakan open house atau open office. Sebenarnya, majlis ni kira tiga dalam satu ...di samping ianya majlis sempena aidil fitri, juga sebagai majlis perpisahan dengan pegawai lama dan majlis selamat datang kepada pegawai baru(aku ler tu)....jom kita lihat sambil jamu mata apa yg sempat aku rakamkan kemarin tu....


wah!!! sempat lagi anak buah aku ni buat banner bagai...baguih betui la depa ni!!!bakaq satay... 4000(empat ribu)cucuk...aku sengaja tak jemput Nazz,Yazz,Zuer,Ishan dan Pokcik Asmadi ke open office aku ni kerana mereka tidak boleh makan satay...maklumlah,depa tu semua pengamal ilmu susuk,mana leh makan satay!!!!hmm...abang dan kakak ni dok besiang sengkuang dan lain-lain buah-buahan untuk buat rojak. tu dia...boss baru tengah dok tekrisin tekeryeh...boss lama sedang menyampaikan ucapan terima kasih dan selamat tinggal...pemandangan dalam tenda(khemah)VIP...jamuan pada hari ni adalah untuk kira-kira 1000(seribu)orang tetamu yg terdiri dari kakitangan jabatan kerajaan dan swasta serta orang ramai yg berurusan dengan pejabat aku...majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan aluan dari aku dan ucapan selamat perpisahan dari pegawai yg lama,kemudian bacaan doa diikuti dengan aktiviti makan-makan...yang berbaju belang tanpa songkok dan berbaju putih bersongkok ni adalah ADO Langkawi(Penolong Pegawai Daerah)manakala bersongkok berbaju Melayu tu pula ialah Tuan Imam Kariah Kelibang,Langkawi..Tuan Imam ni sangat baik hati lagi pemurah...aku minta dia sponsor RM300 tapi dia kata:"Rm300 tu nak makan apa,mana cukup,nah ambil Rm500"...terima kasih tuan imam...sebahagian pemandangan yg sempat aku rakamkan dari dalam khemah VIP semasa majlis baru nak dimulakan...
selepas ucapan,upacara makan pun dimulakan...sila!sila!antara menu yang telah disediakan pada majlis ni ialah:1)satay 2)nasi tomato+ayam masak merah+dalca 3)makaroni 4)laksa 5)lemang,ketupat palas+rendang dan gulai daging 6)tapai pulut 7)rojak buah 8)kueh mueh 9)air sirap+oren+mineral
maaf...aku tak sempat nak ambil gambar2 makanan kerana terlalu sibuk melayan tetamu yang tak putus-putus datang bertandang...sebelum kami mengemas-ngemas setelah majlis berakhir,aku dan para staff aku yang berjumlah 10 orang itu sempat bergambar kenangan...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...tahun depan kita buat lagi no!!!!

15 comments:

nazzman ibrahim said...

hello i dah insaflahhhh tak pakai susuk lagi yazz,zuer n pokcik jerr masih tak insaf hahahah


akak putu ngan kak ja pakai susuk gak pa

PUTUBAMBU said...

nampak tua pulak hang dlm gambaq ni..
lain bebenor ngan masa pakai baju melayu hijau haritu..hehehe...

tapi gambar tu cantik2 belaka...

woiit nazz.. pandai la hang yek..!!
(kak putu pakai susuk berlian je tau..!!)

Ishan_Qureshi said...

Salam Abg Adie,

Meriahnya majlis raya tu? Memang org Malaysia sambut raya lebih drpd satu hari ke? Dahsyat noo:-)

Wassalam!

nazzman ibrahim said...

adie mmg dah kertu pun akak ooiiiii cuma tak sedaq diri ja lagi hahaha sbb tu dia gedik sana gedik sini


matilah lepas ni kena carut ngan adie hahaha

shazali said...

ooo...abg adie ni ADO rupanya...handle apa? Admin? Tanah? Pembangunan?

Zuer said...

Ehh Naz, kan kita dah pi buang sesama ai tu? engko lupo ker? is ish ishhh

yazrie said...

cheq tak pi buang lagi...sebab pakai Susuk Keramat...*Larikkkkk

Asmadi said...

aik macam mana laa abg adie tahu pokcik pakai susuk lak..

tu semua hasil wudhuk laa abg adie hahahah..

nazz tu baru aje insaf sblm ni mana ada ..meroyan gak dia sblm buang tu

p/s.apa kaitan satay dengan susuk ek !Q

adie-ishmael said...

nazz=kalau insaf syukur...nnt mati bumi leh terima.

putu=hahaha...nampak lebih tua kah? baru cuba nak pakai susuk,kalau macam ni, kena pi buang balik la sbb tanpa susuk putu cakap nampak lebih muda!!!

ishan=puasa sebulan raya pun mestilah sebulan...

nazz 2nd=kalau i ni diistilahkan gedik,u tu diistilahkan teramat gedik la kan...garit,gelenyar,getik dan pastinya gatei

shazali=ADO ker? mana ada!

zuer=buang kat mana? sakit tak...nak pi buang jugak la

yazz=story ckit susuk keramat tu haper???

asmadi=untuk tahu kaitan satay ngan susuk,col la nazz...dia ratu susuk...larikkkkk

CATZ said...

wah...
meriahnya majlis raya...wah..boss baru bukan main lagi yer....bergaya sungguh dgn baju oren..
makanan banyaknya....adehh..lapar aku melihatnya...kempunan aku nak makan satey..lemang, ketupat rendang bagai..

yazrie said...

tak buleh habaq..Opsss...

kak ja said...

Boss baru ni nampak segak bergaya, berseri2...

Aleeza Zaily said...

Boss, suma dah ok, bingkai cermin mata tu je yg kena tukaq, it makes u look older, even though u are... hehehehe...

adie-ishmael said...

kak ja=tq kak ja...saya senyum sampai ke telinga...

aleeza zaily=fyi, i saja buat bingkai cermin mata tu yg buat i nampak lebih tua coz bila meeting ngan pegawai2 dr jabatan lain, tak la rasa ada gap yang keterlaluan sangat...hehehehe...

adie-ishmael said...

catz=kat NZ ada serunding penguin kan??? masakan orang Maori... betul ker?